Masih keliru sebelum mohon Pensijilan Halal?
Ramai usahawan dan syarikat mengalami kelewatan atau kegagalan permohonan Halal bukan kerana produk, tetapi disebabkan dokumen tidak lengkap dan kurang kefahaman terhadap keperluan sebenar Pensijilan Halal.
Halal Ready, Set Go! ialah webinar 2 jam yang direka khas sebagai langkah awal (readiness session) untuk membantu peserta memahami:
- Dokumen wajib permohonan Pensijilan Halal
- Keperluan asas Sistem Jaminan Halal (HAS)
- Tahap kesiapsiagaan operasi dan dokumentasi syarikat
-
Kesilapan lazim yang sering menyebabkan permohonan ditolak atau tertangguh
Program ini sesuai untuk individu atau syarikat yang bercadang memohon Pensijilan Halal dan ingin membuat persediaan dengan lebih teratur dan tepat.
OBJEKTIF PROGRAM
-
Memberi kefahaman awal mengenai keperluan dokumentasi Halal
-
Membantu peserta menilai tahap kesiapsiagaan sebelum memohon
-
Mengurangkan risiko kesilapan dalam permohonan Pensijilan Halal
-
Membantu peserta membuat keputusan yang lebih tepat sebelum memohon
MAKLUMAT LANJUT